Monday 19 November 2012

APA ITU AMISH???????

Penah dengar x perkataan ne?? A M I S H.... kalo xpenah dengar sini aku nk bgtaw..AMISH ne merujuk kepada pengikut tradisional gereja Kristian yang membentuk suatu kumpulan kecil Gereja Mennonite. AMISH dikenali dengan cara hidup yang mudah, pakaian tanpa corak, dan keengganan menerima kemodenan dan teknologi. Sejarah gereja Amish bermula dengan perpecahan di Switzerland dalam kumpulan Anabaptist Switzerland dan Alsatian pada 1693 yang diketuai oleh Jakob Ammann. Mereka yang mengikuti Ammann dikenali sebagai AMISH. kaum ne sangatlah unik bagi aku,bayangkan lah..kita kt Malaysia ne pon umah kt Ulu pon kebanyakannya ada elektrik. AMISH hidup tanpa ELEKTRIK dan KEMODENAN sehingga kini. Kita lihat dulu basic tentang AMISH ne.

Tapi kat sini aku bkn nk cita sangat pasal asal-usul salasilah AMISH ne, tp aku akan exposed tentang cara hidup tradisional masyarakat AMISH. Nak tahu lebih lanjut asal-usul pokok pangkal AMISH ne korang google jaa.  Gaya hidup Amish ditentukan oleh Ordnung dalam bahasa Jerman, yang bermaksud: perintah., yang berbeza sedikit daripada masyarakat kepada masyarakat, dan, dalam masyarakat, dari daerah ke daerah. Apa yang boleh diterima dalam satu komuniti tidak boleh diterima di negara lain. Mereka laen dari yang laen dan di zaman moden ne sekalipun dorang masih berpakaian ala-ala tradisional. 

kt bwh ne ada contoh pakaian AMISH. Jangan engat ne zmn dulu-dulu, Ne zmn skrg, mereka masih berpakaian tradisional. dan menunggang kuda ke mana-mana ja...AMISH tidak menggunakan pengangkutan moden utk bergerak.





inilah pakaian kaun perempuan AMISH. Sopan kn.

Mengikut kepercayaan AMISH, Wanita Amish tidak boleh memotong rambut mereka, dan mereka menutup kepala mereka, terutamanya ketika berdoa.  rambut panjang pada seorang wanita "adalah kemuliaan kepada beliau" .
Setiap wanita AMISH tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa menutup kepala mereka.
sila lihat gambar di bawah.






Dari aspek kekeluargaan juga, AMISH sememangnya mempunyai semangat kekeluargaan yang tinggi.
mereka hidup dlm keluarga yang besar. Institusi kekeluargaan mereka sangat unik dan tradisional.




kaum lelaki AMISH bekerja sebagai peladang, dan merekalah yang mencari keperluan utk keluarga,dlm kehidupan AMISH, mereka tidak kisah jika tidak mempunyai duet sesen pon kerana mereka menjalankan kegiatan pertanian sendiri dan hanya makan makanan yang datang dari sumber semulajadi. Kaum lelaki AMISH percaya tugas lelaki adalah menyara keluarga dan mereka juga membina rumah sendiri. mereka selalu bergotong royong membina kandang, bangsal serta rumah. Dan semuanya adalah secara tradisional.






tgk di atas ne, betapa gigihnya mereka. bergotong-royong. Cuba korang bilang kt ats 2 ada berapa orang yang buat keja kat atas 2. haha Ramai sangat kan, itulah AMISH. Lelaki dewasa dan kanak-kanak diterapkan dengan kemahiran pertukangan dan perladangan. Sejak kecil mereka telah didedahkan dengan kerja-kerja tersebut bagi menjadikan mereka seorang lelaki yang mampu menyara keluarga kelak.

Wanita AMISH masih mempunyai ciri-ciri tradisional seorang perempuan. Ketika suami masing-masing ke ladang, wanita duduk dirumah, menjaga anak,memasak dan juga menjahit. Mereka menjahit pakaian mereka sendiri. Wanita AMISH menjahit pakaian utk diri sendiri,suami serta
anak-anak. selain kemahiran membuat pakaian mereka juga pandai mengait. Bukan sekadar itu, kanak-kanak perempuan juga turut di terapkan kemahiran tersebut agar dapat menjadi isteri yang baik di masa hadapan.







kesimpulannya, AMISH hidup dalam serba mudah dan mereka berdikari. Walaupun mereka hidup tanpa KEMODENAN dan ELEKTRIK. Meraka sangat sayangkan kehidupan mereka.

to be continue in PART TWO ~~~~~~~~~~~~~



2 comments:

  1. Dsyt la awkk..nk kwn leh dak

    ReplyDelete
  2. Byk info baru dlm artikel awak terutamanya ttg jati diri dan gaya hidup kaum amish

    ReplyDelete