Saturday 24 November 2012

CERITA SERAM ^^

CERITA NE PTOTNYA SERAM TP CARA PENYAMPAIAN NE MCM LAWAK LAK BUNYINYA... ^^
BACALAH YEEEE...NE BKN DR AKU SENDIRI..

salam.cerita seram ni dari kawan office saya...masa tue die menyambut hari raya aidiladha di kampung die...ms malam2 di kampung die tue die tengah kopek2 kelapa...pastu die baling la kulit kelapa ke hala hutan dpn die...pastu tiba2 die dengar budak kecik menangis...pastu die nmpak kat hutan tue ader hantu puntianak berdiri menghadap die...muka hantu tue sama jer mcm dlm gmbar kat ats tue...kwn sy 
tue kata mugkin ms die baling kulit kelapa tue terkena ank puntianak tue...then puntianak tue jd marah...pastu kawan saya tue die berlari masuk kat umh...time tu pulak kakak sepupu die tengah masak kat dapur, then, kawan saya berdiri sebelah kakak sepupu die smbil baca ayat2 quran sebab die takot hantu tu akan balas balik..tibe2 hantu puntianak tue mcm ludah kat kawan sy tue, tp nasib baik kawan sy sempat mengelak...tp ludah puntianak tue terkena kakak sepupu die...esok tue kakak sepupu die mengalami gatal2 kat leher hingga ke seluruh badannyer...takot giler...sbnarnyer baru sy tahu hantu puntianak nie boleh meludah...





HAHAHAHHAHAHA............ ayat akhir 2 mmg la sgt melucukan....


ada ptottttttt





nk lg?????





ada lg.......





cerita 2





Malam Khamis datang lagi!! Bila tiba malam Khamis, teringat masa kecil-kecil dulu, sbb esk nk mlm jumaat. bila saja datang malam Jumaat, kami adik beradik selalu bercerita tentang hantu. Entah bagaimana datangny
a tahyul ni tak taulah: mengapa malam Jumaat sering dikaitkan dengan hantu? Ada dalam mana-mana nas ke bila tiba malam Jumaat jin, iblis dan syaitan akan keluar beramai-ramai mencari dan mengusik manusia?

Tapi yang aku nak ceritakan ini ialah pengalaman aku sendiri yang agak menyeramkan juga. Dan secara kebetulan ia terjadi pada malam Jumaat:

aku walaupun berasal dari Pulau Pinang tapi mempunyai rumah di Alor Setar. Apa yang aku nak ceritakan ini ialah satu peristiwa beberapa tahun dahulu di mana ketika itu aku bekerja di Kangar, Perlis. Setiap hari aku berulang dari rumah di Alor Setar ke Kangar sejauh 50 kilometer (pergi balik 100 kilometer). Kadang-kadang kerja aku memerlukan aku pulang lewat ke rumah, sebab boss aku suka buat mesyuarat waktu malam. Boss aku suka buat mesyuarat jam 10 malam kerana siang dia sangat sibuk dengan kerja pejabat. Jika malam ada mesyuarat, aku terpaksalah tunggu di pejabat. Lepas semua orang pulang dari pejabat jam 5.00 petang, tinggallah aku seorang diri di pejabat hingga malam. Tapi itu dah jadi perkara biasa, duduk di pejabat seorang diri sambil menghabiskan kerja yang berlambak itu.

Suatu hari PA boss beritahu malam ini boss panggil mesyuarat. Ala, boringnya, mesyuarat waktu malam lagi, gerutu hati aku. Tapi apa nak buat, bila panggil mesyuarat perlu hadir juga, tak kira siang atau malam.

Malam itu yang paling tak seronok ialah boss datang lewat kerana dia ada urusan lain sebelum itu. Mesyuarat dijadualkan jam 9.30 malam, tapi boss datang jam 10.30 malam. Tapi apa nak kata, boss always right!!

Agenda mesyuarat pula panjang. Yang paling benci ramai sangat orang nak cakap, hingga mesyuarat cuma tamat pada jam 12.30 malam. Lepas mesyuarat habis, boss jemput semua yang hadir menikmati supper. Tapi aku terus blah, tak teringin nak makan di tengah malam buta ni. Orang Kangar tak apalah rumah mereka cuma sejengkal dari pejabat, tapi aku terpaksa membelah malam sejauh 50 kilometer untuk sampai ke rumah.

Seperti biasa bila mengenderai kereta seorang diri, aku akan pasang radio agak kuat. Sambil dengar radio, sesekali ikut menyanyi. Menyanyi tu bukan apa, selain dari menghiburkan hati, ia juga untuk hilangkan rasa mengantuk.

Malam itu entah mengapa, lepas saja melepasi pekan Sanglang kereta di jalanan semakin kurang. Bila tiba ke pekan Air Hitam, aku perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang aku. Kira-kira 2 kilometer selepas melepasi pekan Air Hitam kereta aku dipandu melalui sebuah kawasan sawah yang agak luas. Dan di situlah segala-galanya berlaku...

Tiba-tiba aku terdengar seperti suara gemersik dari sawah sebelah kanan aku. Bila diperhatikan ke arah bunyi suara itu, aku ternampak satu lembaga putih besar bergolek-golek dari tengah sawah menuju ke kereta aku Lembaga putih itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. aku tidak nampak dengan jelas wajah sebenar lembaga itu tapi ia seolah-olah satu bungkusan putih yang agak besar. Pilihan aku ketika itu ialah sama ada melanggar lembaga putih itu atau mengelakkannya yang mungkin akan menyebabkan aku terpelanting masuk ke dalam sawah. Akhirnya aku nekad melanggar saja lembaga putih itu. Terdengar satu dentuman yang kuat bila aku nelanggarnya. Ketika itu aku berkata dalam hati: habislah kereta aku!!

aku mengucap panjang dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta setenang mungkin. ketika menghampiri bandar Alor Setar barulah banyak kenderaan yang ditemui. Ketika itu barulah hati terasa tenang.

Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang aku lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum memasuki rumah. Itu petua orang tua-tua. Kemudian baru aku pergi periksa kereta aku yang baru melanggar objek putih dengan dentuman yang kuat itu. Anehnya aku tak menemui sedikit pun kesan kemik di kereta itu. Habis apa ke benda yang aku langgar tu?

Esoknya setibanya di pejabat, aku menceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan pejabat. Seorang pemandu pejabat yang sering melaui kawasan itu berkata memang sudah ramai orang yang nampak benda-benda pelik di kawasan itu. Kadang-kadang ia menyerupai pocong, kadang-kadang dalam bentuk sekawan binatang liar yang melintasi jalan dalam jumlah yang banyak dan kadang-kadang menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang di atas jalan. Bagi mereka yang tak bernasib baik mereka akan mengelakkan dari melanggar benda-benda itu dan akibatnya kenderaan mereka akan terjunam ke dalam sawah. Ramai yang pernah tercedera, malah terbunuh apabila terkejut dan terbabas selepas melihat benda-benda itu. 

Mujurlah aku telah membuat keputusan tepat dengan melanggar lembaga putih itu. Jika cuba mengelakkannya mungkin nama aku akan disenaraikan sebagai salah seorang mangsa kemalangan di kawasan itu....

No comments:

Post a Comment